CERITA LUCU Terkangkang

REKANBOLA – Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata “Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry” Pelajar B pulak kata ” Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki” Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata “Apa kata kita tanya je orang tua tu?” Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm… bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: …pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi… tapi terberak pulak dalam seluar… sebab tu la aku jalan terkangkang…

 

BACA JUGA :

Baca Juga:   10 Meme 'Tabrak Tiang Gawang' Ini Bikin Pemain Filipina Terkenal Dadakan